Syahdan indahnya masa kanak-kanak sememangnyalah tiada tergambarkan lagi, maka banyak perkataan yang menggambarkan kepada masa-masa yang paling menyenangkan ketika masih kanak-kanak. Tak cukup dengan bermain-main, maka bernyanyi-nyanyilah pula anak-anak itu. Maka berikut ini hendaklah dituliskan lagu-lagu yang selalu dinyanyikan dalam kegembiraannya.
Nyanyian kanak-kanak itu ada juga yang diperbuat semasa mereka bermain-main, atau dengan perkataan lain, ada di antara lagu-lagu itu yang menjadi iringan permainan mereka. Ada juga nyanyian itu yang memang dinyanyikan untuk menghibur hati.
Tak kalah pentingnya dari nyanyian tersebut ada pula yang didendangkan oleh seorang emak untuk menidurkan atau men-dodoi-kan anaknya dalam buaian. Kerap kali lagu-lagu itu memang lebih banyak kepada kata-kata yang mengandungi nasihat.
Berikut ini ingin pula menghadirkan beberapa nyanyian kanak-kanak yang boleh dikatakan sudah cukup terkenal di kalangan masyarakat Melayu Kepulauan Riau, dan ianya menjadikan kepada pengayaan khasanah kesenian itu sendiri.
Adapun lagu-lagu yang dapat dikumpulkan itu antara lain :
1. Soleram
2. Dodoi si Dodoi
3. Njut-njut Siput
4. Pok Amai-amai
5. Bang Selebu
6. Katak Lompat
7. Timang Tinggi-tinggi
8. Ikan Kekek
9. Anak Ayam
10. Ular dan Katak
Berikut ini liriknya :
SOLERAM
Lagu : nn
Soleram… soleram…
Soleram anak yang manis
Anak manis janganlah dicium sayang
Kalau dicium merahlah pipinya
Satu dua tiga dan empat
Lima enam tujuh delapan
Kalau tuan dapat kawan baru sayang
Kawan lama ditinggalkan jangan
Tepok Amai-amai
Lagu : nn
Tepok amai-amai belalang kupu-kupu
Betepok adik pandai diupah air susu
Susu lemak manis santan kelapa muda
Adik jangan menangis emak nak kerja
Bang Selebu
Lagu : nn
Bang selebu buku ale sawe
Hujan munot mandi katong
Sirih rampai pinang menteri
Minta pelok tangan kiri
Bang selebu buku ale sawe
Hujan munot mandi katong
Sirih rampai pinang menteri
Minta pelok tangan kanan
Ikan Kekek
Lagu : nn
Ikan kekek mak iloi… iloi…
Ikan gulame mak ilai… ilai…
Kucing kurus mandi di papan
Mandi di papan si kayu jati
Ampun patek mak iloi… iloi…
Hendak pulang ke rumah emak
Bukan kurus karne tak makan
Kurus memikir si jantung hati
Anak Ayam
Lagu : nn
Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Matilah satu, mati satu tinggal sembilan
Anaklah ayam, anak ayam turun sembilan
Matilah satu, mati satu tinggal delapan
Anaklah ayam, anak ayam turun delapan
Matilah satu, mati satu tinggal tujuh
Anaklah ayam, anak ayam turun tujuh
Matilah satu, mati satu tinggal enam
Anaklah ayam, anak ayam turun enam
Matilah satu, mati satu tinggal lima
Anaklah ayam, anak ayam turun lima
Matilah satu, mati satu tinggal empat
Anaklah ayam, anak ayam turun empat
Matilah satu, mati satu tinggal tiga
Anaklah ayam, anak ayam turun tiga
Matilah satu, mati satu tinggal due
Anaklah ayam, anak ayam turun due
Matilah satu, mati satu tinggal satu
Anaklah ayam, anak ayam turun satu
Matilah satu, mati satu tinggal emaknye
Ram-ram Pisang
Lagu : nn
Ram-ram pisang, pisang masak sebiji
Datang nek kecibok, bawa satu bari-bari
O… nenek, o… nenek rumah kite ndak ruboh
Keretik… keretik… kedegam…
Ular dan Katak
Lagu : nn
Oh katak, oh katak mengape kau panggil hujan
Bagaimane ku tak manggil hujan, ular ndak makan aku
Ohular, oh ular mengape kau makan katak
Macam mane ku tak makan katak, memang makanan aku
-----------
sebenarnya masihlah banyak kepada nyanyian kanak-kanak itu, tetapi baru setakat itulah dapat dikumpulkan. Mudah-mudahan pada pekerjaan lain, ianya yang menjadi warisan dapatlah dikumpulkan lebih banyak lagi.