Menurut adat resam pada dahulunya, setelah empat puluh empat hari sang emak melahirkan maka diadakan upacara cuci lantai, dimana emak dan si bayi dalam keadaan sehat. Adapun maksud upacara Cuci Lantai adalah sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT kerena telah diberi rahmat dan kesehatan, serta diberikan keselamatan melalui masa-masa yang mengkhawatirkan, sekaliannya telah diberikan cahaya mata yang sehat.
Beberapa perlengkapan yang perlu disediakan antara lain:
1. Seekor ayam jantan untuk anak lelaki
2. Seekor ayam betina untuk anak perempuan
3. Dua buah nyiur atau kelapa
4. Semangkok beras
5. Semangkok padi
6. 2 buah batang lilin
7. Bedak langir
8. Sebuah sirih
9. Celak
10. Sepiring pulut kuning lengkap dengan daging atau ayam sepotong garu-garu (dari kentang, udang dan sop), telur, ikan goreng.
11. Asam garam
12. Benang tungkal
13. Limau purut
14. Sebuah cermin
Kesemua barang itu diberikan kepada Tuk (Mak) Bidan yang akan mengolah bahan-bahan tersebut. Setelah dijampi-serapah oleh Tok (Mak) Bidan lalu disiram ke lantai. Kemudian lantai disiram pula dengan air yang bersih. Setelah disiram dan lantai menjadi bersih, lantai di beri minyak, disisir dan diberi celak. Sebelum mendandani lantai, Tok (Mak) Bidan meminyaki dirinya sendiri. Kemudian setelah lantai didandan, cermin, nyiur dan lilin yang ada di hadapannya lalu dikelilingkan oleh Tuk (Mak) Bidan pada daerah lantai yang telah dibersihkan itu.
Acara penutup dari kesemuanya itu dipimpin oleh orang lebai dengan membaca do’a selamat. Maka kemudian tetamu atau jiran, sanak keluarga menikmati hidangan yang telah disediakan.
Untuk penggalan kedua yang berkaitan dengan masa-masa kehamilan, melahirkan sampai kepada beberapa acaranya telahpun dijelaskan. Seperkara dalam pekerjaan tersebut di antaranya, oleh kerana atau bersebab kepada sesuatu alasan, maka tiadalah ianya diikuti atau diperturutkan lagi dalam melakukannya di zaman sekarang ini. Tetapi apa-apa yang telah dinukilkan itu, adalah sememangnya yang telah diperbuat oleh orang-orang tua dahulunya.