Selamat Hari Ulang Tahun Indonesia ke 63
Semoga selalu jaya
Semoga selalu jaya
3.a. Mandi Selepas Pantang
Setelah tamat masa berpantang, yaitu lepas empat puluh empat hari itu, maka pada hari yang ke empat puluh lima adalah teradat menyelenggarakan kenduri kecil di antara sesama keluarga, anak beranak, adik beradik.
Manakala si emak dimandikan dengan air sintuk limau serta dilangirkan sebagai isyarat melepaskan pantang. Dan hari itu maka bebaslah si emak itu menjalankan kerja-kerja rumah tangganya atau sebarang apa pekerjaan, pun bebaslah ia berjalan kemana jua yang disukainya dengan tiada lagi merasa takut terkena bentan, artinya jadi sakit kerana melanggar pantang-larang.